MISTERI TERJAWAB

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".

"Semewah-mewah stadium,

akhirnya rebah mencium bumi jua".


Itulah perumpamaan yang mungkin dapat kita berikan ekoran daripada insiden keruntuhan stadium kebanggaan negeri Terengganu bulan lepas. Walaupun isu ini telah pun reda tetapi siasatan tetap dijalankan bagi mengenalpasti punca-punca berlakunya keruntuhan tersebut.


Setelah mendapat persetujuan daripada kedutaan Korea dan Jepun,akhbar perdana nombor satu negara yang boleh dipercayai sumbernya,Atasan Malaysia(Utusan Malaysia kurang dipercayai-jatuh ke ranking terakhir dalam undian akhbar-akhbar terbaik) dengan beraninya telah menyiarkan punca utama atas keruntuhan tersebut.


Berita tersebut telah terpampang di muka utama akhbar yang menceritakan betapa dasyatnya pertarungan antara raksasa Korea dengan ultraman Jepun. Menurut Yoo Hee(Witch Yoo Hee) kelakuan ultraman Jepun yang kurang menyenangkan sewaktu melawat Terengganu baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan raksasa beliau. Tetapi perkara ini dinafikan oleh tuan punya ultrman tersebut,Sakaki Makio(MY Boss MY Hero). Akibat daripada provokasi dan propaganda media yang melampau,akhirnya pertarungan telah tercetus di stadium kebanggaan negeri Terengganu,Stadium Sultan Mizan. Stadium ini dipilih gara-gara kecanggihan stadium ini menggunakan sistem bumbung tanpa tiang yang pertama di Asia.




Akhirnya,setelah beberapa pusingan pergelutan berlaku,sesuatu di luar jangkaan telah berlaku di mana stadium tersebut telah mengalami keretakan dan akhirnya runtuh sedikit demi sedikit sehinggalah hampir 70% kemusnahan terjadi. Maka berakhirlah riwayat stadium tersebut yang begitu mengejutkan orang ramai khususnya rakyat Terengganu.




So,kesimpulannya jangan terlalu percaya berita di atas. Saje je.....

dan yang paling penting di sini,kita sama-sama menginsafi kejadian ini. Sama-sama kita muhasabah diri kita,mengapa ini semua berlaku........


Stadium macam kita juga. Akan runtuh suatu hari nanti sama ada dalam keadaan baik atau tidak.....

Dan kita....PASTI akan meninggal dunia ini suatu hari nanti. Kita yang akan memilih sama ada kematian secara elok ataupun kematian yang menyeksakan.........


Kematian itu tidak semestinya datang apabila kita tua. Kematian merupakan perkara paling dekat dengan kita.Stadium pun boleh runtuh dalam usia yang amat muda

So,sentialah kita mengingati mati kerana sabda Rasulullah yang lebih kurang maksudya

"orang yang paling cerdik adalah mereka yang sentiasa mengingati mati"


Jadi,marilah kita bertaubat dari sekarang...tak perlulah menunggu hari tua untuk mula mendekatkan diri kepada Allah.(rujuk gambar di atas sekali)








0 comments:

Copyright © 2009 - memimpin hati - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template