NIKMATNYE BERUKHUWAH




"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan...
Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut...
kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya..
Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH......
Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.
Ukhuwah itu terlalu indahkan??
Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat.... sabda Rasullulah S.A.w..

"umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH..
Mengertikah kamu tentang erti menyayangi??
Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..sahabat..
Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH..
Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih. Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud..

"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..
Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak

-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA

-Diampunkan dosa-dosa mereka

-Akan mendapat kasih sayang ALLAH

-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat....

Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana??

ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang.................

Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.
ukhuwah dapat diselami apabila kita:


"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa"

"hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan"

"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan."

"memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."


sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..












MISTERI TERJAWAB

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".

"Semewah-mewah stadium,

akhirnya rebah mencium bumi jua".


Itulah perumpamaan yang mungkin dapat kita berikan ekoran daripada insiden keruntuhan stadium kebanggaan negeri Terengganu bulan lepas. Walaupun isu ini telah pun reda tetapi siasatan tetap dijalankan bagi mengenalpasti punca-punca berlakunya keruntuhan tersebut.


Setelah mendapat persetujuan daripada kedutaan Korea dan Jepun,akhbar perdana nombor satu negara yang boleh dipercayai sumbernya,Atasan Malaysia(Utusan Malaysia kurang dipercayai-jatuh ke ranking terakhir dalam undian akhbar-akhbar terbaik) dengan beraninya telah menyiarkan punca utama atas keruntuhan tersebut.


Berita tersebut telah terpampang di muka utama akhbar yang menceritakan betapa dasyatnya pertarungan antara raksasa Korea dengan ultraman Jepun. Menurut Yoo Hee(Witch Yoo Hee) kelakuan ultraman Jepun yang kurang menyenangkan sewaktu melawat Terengganu baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan raksasa beliau. Tetapi perkara ini dinafikan oleh tuan punya ultrman tersebut,Sakaki Makio(MY Boss MY Hero). Akibat daripada provokasi dan propaganda media yang melampau,akhirnya pertarungan telah tercetus di stadium kebanggaan negeri Terengganu,Stadium Sultan Mizan. Stadium ini dipilih gara-gara kecanggihan stadium ini menggunakan sistem bumbung tanpa tiang yang pertama di Asia.




Akhirnya,setelah beberapa pusingan pergelutan berlaku,sesuatu di luar jangkaan telah berlaku di mana stadium tersebut telah mengalami keretakan dan akhirnya runtuh sedikit demi sedikit sehinggalah hampir 70% kemusnahan terjadi. Maka berakhirlah riwayat stadium tersebut yang begitu mengejutkan orang ramai khususnya rakyat Terengganu.




So,kesimpulannya jangan terlalu percaya berita di atas. Saje je.....

dan yang paling penting di sini,kita sama-sama menginsafi kejadian ini. Sama-sama kita muhasabah diri kita,mengapa ini semua berlaku........


Stadium macam kita juga. Akan runtuh suatu hari nanti sama ada dalam keadaan baik atau tidak.....

Dan kita....PASTI akan meninggal dunia ini suatu hari nanti. Kita yang akan memilih sama ada kematian secara elok ataupun kematian yang menyeksakan.........


Kematian itu tidak semestinya datang apabila kita tua. Kematian merupakan perkara paling dekat dengan kita.Stadium pun boleh runtuh dalam usia yang amat muda

So,sentialah kita mengingati mati kerana sabda Rasulullah yang lebih kurang maksudya

"orang yang paling cerdik adalah mereka yang sentiasa mengingati mati"


Jadi,marilah kita bertaubat dari sekarang...tak perlulah menunggu hari tua untuk mula mendekatkan diri kepada Allah.(rujuk gambar di atas sekali)








Jom Heboh






Disebalik Israk dan Mikraj

SEMPENA SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ

25 Julai 2009M/3 syaaban 1430H
Sabtu 6.45 Petang_11.00 Malam

Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur

Program yang tidak dijangka.....
Ana datang sini just nak edar flyers untuk konsert antara dunia yang menampilkan 4 gergasi....
Tanpa disangka,rupanya ada forum bicara ad-deen...
Hm...Alhamdulillah,dapat gak terpilih untuk menghadiri majlis ilmu ni...

Pembukaan majlis oleh Rabbani Sementara menunggu isyak,peserta dihidangkan alunan nasyid mudah-mudahan apa yang disampaikan melalui medium nasyid ini dapat dihayati bersama..




Khusyuk mendengar penyampain forum......


Barisan ahli panel dan moderator:


PENGERUSI FORUM
Ustaz Mahathir Bin Shaharuddin(IKIM.fm)

AHLI PANEL
Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Othman (UKM)

Ustaz Roslan Mohamed (UM)

Ustaz Zamri Zainal Abidin (IKIM.fm)





Kenangan besama tabung masjid





Model (atas) bergambar di dalam masjid wilayah......
Cantik n indahnye masjid...
lagi indah jika ramai yang mengimarahkannye,,,,,,,,




Penasihat kumpulan Rabbani menyaksikan show dari jauh.......





Misteri 3 sahabat........
Unit amal DarulSalam..............
Squad Cakna DS...............
ahki di tengah merangkap boh besar....kemah keming...






PERJUANGAN MENUNTUT PENGORBANAN

salam kerinduan

salam,,,ambe baru belajar-belajar buat blog....ade mase,ajarilah diriku yang fakir ini. Semoga permulaan blog ini dapat memimpin hati ambe yang penuh dengan noda ini. Bersamalah kita berkongsi apa yang ada.......

Copyright © 2009 - memimpin hati - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template